Mayat bayi lelaki ditemukan dalam masjid - Utusan Malaysia

Mayat bayi lelaki ditemukan dalam masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 16 April – Mayat seorang bayi lelaki yang dipercayai berusia tiga hari ditemukan oleh penduduk yang mahu menunaikan solat Subuh di Masjid Asy Syakirin, Pasir Puteh di Bachang di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, bayi berkenaan yang masih mempunyai tali pusat dijumpai dalam keadaan berbalut dengan kain dan terdapat kesan darah pada hidung.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh orang awam yang menghubungi Balai Polis Malim pada pukul 6.45 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdasarkan nota yang ditulis atas kertas putih, bayi malang itu dipercayai dilahirkan pada Sabtu lalu.

“Bagaimanapun, bayi itu dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh dua jam sebelum ia ditemukan berdasarkan kepada keadaan mayat yang masih baharu dan belum mengeras,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Afzanizar, selain pendarahan pada hidung, terdapat kesan lebam kehitaman di muka dan bahagian badan bayi itu.

Tambah beliau, siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kematian dan ibu bayi berkenaan masih dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini