PUTRAJAYA – Masalah pendengaran akibat terdedah kepada bunyi bising keterlaluan di tempat kerja merupakan antara penyakit pekerjaan yang paling tinggi dilaporkan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, masalah kesihatan lain yang sering dihadapi pekerja ialah penyakit ergonomik iaitu berkaitan sendi, tulang dan otot yang menyebabkan sakit pada belakang dan pergelangan tangan. “Sebab itu kita menekankan tentang kepentingan pekerja atau majikan menjelaskan kepada doktor punca bagaimana masalah itu berlaku bagi mengenal pasti punca penyakit sama ada disebabkan kecuaian berkaitan keselamatan dan kesihatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya