IPOH 16 April – Masalah bekalan air yang dialami kira-kira 1,000 penduduk di Kampung Ayer Ganda di Gerik sejak minggu lalu akan diselesaikan apabila Loji Rawatan Air (LRA) di kawasan berkenaan bakal beroperasi semula. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau telah membincangkan perkara tersebut dengan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar baru-baru Ini. Menurut beliau, dalam perbincangan itu kerajaan negeri memohon Suruhanjaya Perkhidmatan Air…










