KUALA LUMPUR 1 April – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Lahad Datu menahan tiga buah bot yang disyaki melanggar syarat lesen perikanan di kedudukan kira-kira satu kilometer utara Pulau Kerok, Kunak, Sabah semalam. Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Lahad Datu, Leftenan Maritim Muhammad Zarif Mat Yunus berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10.22 pagi itu, kru ketiga-tiga bot tersebut sedang leka menangkap ikan. “Kita turut menahan lima kru…










