WELLINGTON 23 April- Juruterbang berpengalaman, Richard Hayes bersama sepasukan pencari dan penyelamat berjaya menemukan tiga mangsa helikopter terhempas berdekatan kepulauan Auckland, di sini. Ketiga-tiga mangsa ditemukan selamat pagi tadi dan hanya mengalami cedera ringan. Pasukan penyelamat dalam pada itu menemukan bangkai helikopter berhampiran pulau Auckland, selatan pulau Stewart. Helikopter malang itu dilaporkan hilang Isnin lalu sekitar pukul 8.15 malam (waktu tempatan).- AGENSI










