KUALA LUMPUR 17 April – Malindo Air melancarkan penerbangan sulungnya ke Adelaide, Australia melalui Denpasar, Indonesia dengan membawa 142 penumpang termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya, R. M. Chandran. Penerbangan OD173 itu yang berlepas dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 7.55 malam disambut oleh Pengarah Urusan Lapangan Terbang Adelaide, Mark Young. Chandran berkata, penerbangan ke Adelaide merupakan destinasi keempat Malindo Air di Australia selepas Perth, Brisbane dan Melbourne. – UTUSAN…










