SINGAPURA 8 April – Malaysia dan Singapura hari ini menggantung had pelabuhan bertindih dan melaksanakan had pelabuhan masing-masing yang berkuat kuasa pada 25 Oktober dan 6 Disember tahun lalu. Penggantungan secara bersama had pelabuhan bertindih itu berkuat kuasa pada pukul 12.01 tengah malam tadi, kata jurucakap Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam responnya kepada media. “Penggantungan itu merupakan satu daripada lima syor dalam laporan kumpulan kerja mengenai isu-isu maritim berhubung pertindihan had Pelabuhan Johor Bahru berhampiran Tanjung Piai dan had Pelabuhan Singapura berhampiran Tuas yang dipersetujui oleh kedua-dua menteri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya