KLANG 12 April – Malaysia akan melakukan rundingan dua hala bersama Indonesia berhubung insiden dakwaan kapal Bot Pemintas Laju (FIC) Penggalang milik Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menceroboh perairan republik itu. Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, perbincangan dua hala itu penting bagi menyelesaikan segala masalah berbangkit. “Perkara ini selalu berlaku dan saya belum dimaklumkan mengenainya (dakwaan pencerobohan Maritim Malaysia di perairan Indonesia). “Perbincangan akan dilakukan terlebih dahulu di peringkat jawatankuasa yang dianggotai…









