Malaysia kekurangan perancang kewangan berlesen - Utusan Malaysia

Malaysia kekurangan perancang kewangan berlesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 April – Malaysia masih kekurangan perancang kewangan berlesen yang boleh membantu orang ramai membuat keputusan kewangan.

Presiden Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia (FPAM), Ismitz Matthew de Alwis berkata, terdapat banyak peluang untuk perancang kewangan berlesen di Malaysia.

Menurut beliau, pihaknya telah bertemu pengawal selia untuk mempromosi perancangan dan literasi kewangan dalam kalangan orang ramai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Institusi kewangan turut bergerak ke arah mendidik orang ramai mengenai perancangan kewangan,” katanya kepada pemberita pada Simposium Perancangan Kewangan 2019, di sini hari ini.

Wakil penasihat kewangan dikawal selia dan diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan peranan mereka adalah untuk menasihati dan menawarkan produk kewangan yang sesuai berdasarkan keperluan pelanggan untuk mencapai objektif seperti perlindungan hayat, kesihatan dan aset.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Linnet Lee berkata, perancang kewangan berlesen boleh menyediakan hala tuju bagi pengurusan kewangan, pelaburan, percukaian peribadi, persaraan dan perancangan aset.

“Ini membolehkan anda mengawal wang dengan lebih baik sambil meningkatkan dan melindungi aset. Mereka juga boleh membantu anda membuat pilihan yang tepat dan mengelakkan melakukan kesilapan merugikan,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini