Malaysia hos Persidangan Dialog Belia Komanwel - Utusan Malaysia

Malaysia hos Persidangan Dialog Belia Komanwel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 1 April- Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi penganjuran Persidangan Dialog Belia Komanwel yang akan diadakan di Kuala Lumpur bermula esok sehingga 5 April ini.

Kementerian Luar dalam kenyataannya berkata, persidangan yang melibatkan penceramah tempatan dan antarabangsa itu akan dirasmikan oleh Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Menurut kementerian terbabit, persidangan tersebut dianjurkan dengan kerjasama Unit Countering Violent Extremism (CVE), Sekretariat Komanwel dan Royal Commonwealth Society.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain peserta tuan rumah, persidangan ini juga akan disertai oleh 60 orang belia dari negara anggota Komanwel di Asia iaitu Bangladesh, Brunei, India, Pakistan, Singapura dan Sri Lanka.

“Tema persidangan ini adalah pencegahan kefahaman pelampau keganasan dengan menyasarkan golongan belia,” kata kementerian terbabit dalam satu kenyataannya di sini, hari ini.

Katanya, antara aktiviti utama yang akan diadakan sempena persidangan itu ialah bengkel interaktif mengenai perpaduan masyarakat, kepimpinan dan pencegahan kefahaman pelampau keganasan.

Selain itu katanya, peserta juga akan mengambil bahagian dalam simulasi Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel di mana aktiviti debat yang akan dijalankan memberi fokus kepada isu-isu keamanan dan keselamatan sejagat.

Dalam pada itu katanya, pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah merupakan satu pengiktirafan terhadap sumbangan negara ini dalam membanteras ancaman keganasan di peringkat antarabangsa.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini