Pada 1973, bapanya mengambil keputusan membuka sebuah kilang rempah menggunakan jenama ‘Mak Siti’ di Gombak, Selangor. Kini Mak Siti merupakan jenama rempah ratus yang sudah sebati dalam kalangan suri rumah dan tukang masak. Namun, bukan mudah meneruskan legasi perniagaan ini lebih-lebih lagi Siti Khawa Jannah Nasuha, 38, terpaksa bergelut untuk mengembangkan perniagaan milik keluarganya. Pada awalnya, Siti Khawa tertekan kerana pada bahunya terpikul harapan dan beban untuk memajukan perniagaan keluarga…










