MAB sandarkan sasaran hasil melalui kerjasama - Utusan Malaysia

MAB sandarkan sasaran hasil melalui kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 3 April- Malaysia Airlines Berhad (MAB) menjangkakan dapat memenuhi sasaran hasilnya menerusi usaha sama dengan rakan pembayaran tanpa tunai, kata Ketua Pegawai Perolehan Kumpulan, Ignatius Ong.

“Semua ini untuk kemudahan pelanggan membuat pembayaran dan memastikan kami mencapai sasaran pendapatan dalaman yang kami tetapkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah di sini hari ini.

MAB dan Payments Network Pembayaran Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet) bersama-sama menyampaikan hadiah pada majlis itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

PayNet bekerjasama dengan MAB pada kempen pelancaran untuk DuitNow, perkhidmatan yang membolehkan pelanggan bank memindahkan wang serta-merta dan selamat ke nombor telefon bimbit penerima menerusi saluran perbankan dalam talian.

“Kami juga bekerjasama dengan PayNet, Maxis dan syarikat lain,” katanya.

Ong berkata, pertumbuhan pendapatan MAB diunjur positif menerusi kerjasama dengan PayNet.

“Kami menyasarkan remaja dari segi kenaikan peratusan,” katanya.

Pada Disember tahun lalu, PayNet dan bank-bank di Malaysia melancarkan DuitNow dan seterusnya pada 8 Januari tahun ini, PayNet memulakan Kempen Pelancaran DuitNow yang menawarkan nilai hadiah sebanyak RM4 juta.

Pada acara penyampaian hadiah Kempen DuitNow hari ini, PayNet mengumumkan pemenang bagi tempoh pertama bagi urus niaga yang dibuat antara 8 Januari dan 4 Februari 2019, Eric Ngu Ting Wu.

Ting Wu menerima pakej Percutian Impian Malaysia Airlines bernilai RM100,000.

Kempen itu dijadualkan berakhir pada 31 Mei dan hadiah adalah berbeza untuk setiap tempoh.

PayNet ialah rangkaian pembayaran utama dan infrastruktur pusat bagi pasaran kewangan Malaysia.

Bank Negara Malaysia ialah pemegang saham terbesar PayNet dengan 11 bank Malaysia sebagai pemegang saham bersama. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini