Maaf, kami tak minat Pogba - Guardiola - Utusan Malaysia

Maaf, kami tak minat Pogba – Guardiola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menegaskan pasukannya tidak akan membuat sebarang tawaran terhadap pemain Manchester United, Paul Pogba meskipun pemain tengah tersebut telah dikaitkan bakal meninggalkan Old Trafford musim depan.

Pogba sebelum ini bergelut dengan prestasi di bawah kendalian bekas pengurus, Jose Mourinho sebelum mendapat kembali sentuhan sebenarnya sebaik sahaja Ole Gunnar Solskjaer mengambil alih tugas tersebut di Old Trafford.

Biarpun sering menampilkan aksi yang kurang konsisten, namun pemain antarabangsa Perancis itu telah menjaringkan 13 gol dan mencatat sembilan bantuan jaringan dalam kempen Liga Perdana England (EPL) musim ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pogba telah dikaitkan dengan City pada musim lalu selepas Guardiola mengesahkan bahawa ejen pemain berusia 26 tahun tersebut, Mino Raiola telah menawarkannya kepada The Citizens, manakala Real Madrid pula turut dikatakan berminat mendapatkannya sejak Zinedine Zidane kembali menjadi jurulatih mereka.

Bagaimanapun, Guardiola mene­gaskan bahawa City tidak menerima sebarang tawaran daripada Raiola untuk mendapatkan khidmat pemain berkenaan.

“Tidak sama sekali. City tidak akan membuat sebarang tawaran terhadap Pogba untuk menyertai kami di Etihad.

“Kami juga tidak menerima tawaran daripada ejennya lagi dan buat masa ini dia masih lagi seorang pemain Manchester Uni­ted,” jelas Guardiola. – Agensi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini