KUALA LUMPUR 4 April – Lynas Corporation Ltd. (Lynas) kecewa terhadap pelbagai tuduhan tidak berasas yang dilemparkan oleh pelbagai pihak mengenai operasi kilang itu di Gebeng Kuantan Pahang. Malah, menurut Lynas, sebelum ini pihaknya telah memanggil jawatankuasa kecil politik bagi berbincang mengenai operasi kilang berkenaan termasuk Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. “Semua ahli jawatankuasa itu hadir kecuali satu pihak yang tidak diketahui sama ada enggan terlibat…










