UMUM mengetahui kanak-kanak memang berminat menonton cerita animasi. Semasa zaman penulis kanak-kanak pun, pelbagai cerita animasi ditayangkan dalam televisyen. Namun cerita-cerita ini datangnya dari negara-negara asing. Tiada satu pun cerita animasi ini berbentuk tempatan. Ada antara cerita animasi ini diangkat sebagai superhero negara-negara tersebut terutama Amerika Syarikat (AS). Bukan setakat dalam televisyen, cerita-cerita tersebut difilemkan, seterusnya ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh dunia. Malah cerita-cerita tersebut boleh didapati dalam bentuk komik serta…










