KUALA LUMPUR 25 April- Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) berusaha mempercepatkan proses pemulihan air di semua kawasan terjejas selepas penambahbaikan sistem bekalan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) siap sepenuhnya pada pukul 11 malam tadi.
Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Abdul Raof Ahmad berkata, berdasarkan pemantauan di tapak, proses meningkatkan paras kolam-kolam perkhidmatan serta menstabilkan tekanan dan aliran di sistem agihan masih giat dijalankan.
“Proses pemulihan bekalan secara berperingkat dan berbeza antara sesuatu kawasan dengan kawasan yang lain bergantung kepada lokasi geografi dan altitud premis pelanggan,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini.
Untuk bantuan bekalan air kecemasan, pengguna boleh menggunakan khidmat pesanan ringkas Tanker











