LIVERPOOL 13 April – Jurgen Klopp bertegas Liverpool tidak akan dihantui kisah lima tahun lalu, yang menyaksikan mereka gagal mengucup trofi Liga Perdana Inggeris apabila dijadualkan berdepan Chelsea, esok (pukul 11.30 pagi waktu Malaysia). Skuad Reds dalam pemburuan memenangi gelaran raja bola sepak Inggeris sejak 1990, di mana kejayaan ke atas Chelsea di Anfield itu nanti akan membantu mereka merealisasikan impian. Blues bagaimanapun mempunyai memori lama yang masih segar dalam…










