LIVERPOOL 30 April – Roberto Firmino membuat Liverpool kembali tersenyum, selepas penyerang itu kembali menyertai sesi latihan menjelang kunjungan Reds ke Barcelona. Firmino diketepikan sewaktu Liverpool membelasah Huddersfield 5-0, Sabtu lalu, ekoran kecederaan pangkal paha. Daniel Sturridge mengetuai jentera serangan Liverpool menentang Terriers, tetapi nampaknya pemain antarabangsa Brazil itu bersedia mendapatkan kembali posisinya untuk perlawanan di Camp Nou. Liverpool akan terbang ke Sepanyol, hari ini, bagi mengharungi separuh akhir pertama…