Lin Dan rangkul kejuaraan kedua Terbuka Malaysia - Utusan Malaysia

Lin Dan rangkul kejuaraan kedua Terbuka Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 April – Juara dunia lima kali dari China, Lin Dan merangkul kejuaraan Terbuka Malaysia buat kali kedua selepas menundukkan rakan senegaranya, Chen Long di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini hari ini.

Aksi final hari ini menyaksikan Lin Dan tewas pada set pertama 9-21 sebelum bangkit pada set berikutnya untuk meraih kemenangan 21-17, 21-11 untuk membawa pulang hadiah berjumlah AS$49,000 (RM200,417).

Kejohanan itu menyaksikan, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada Lin Dan dan Chen Long.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya gembira dengan kejayaan saya di sini dan ia membuktikan latihan saya memberi kesan positif.

“Kali pertama saya menang di sini (pada 2017) saya menewaskan Chong Wei tetapi hari ini saya menerima hadiah daripada dia,” kata Lin Dan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini