Lin Dan bersara jika ada masalah kesihatan - Utusan Malaysia

Lin Dan bersara jika ada masalah kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 April – Juara dunia lima kali dari China, Lin Dan akan terus beraksi selama beberapa tahun lagi dan hanya akan bersara sekiranya ditimpa kecederaan atau masalah kesihatan serius.

Pemenang pingat emas Sukan Olimpik Beijing dan London itu memberitahu, buat masa sekarang dia mahu mencabar dirinya beraksi di peringkat tertinggi selain memberi contoh kepada para pemain muda bahawa usia bukan penghalang untuk di beraksi di pentas kejohanan besar.

Katanya, sebelum ini tiada mana-mana pemain lagi bermain untuk tempoh yang panjang dan kebanyakan mereka memilih untuk bersara selepas mencapai sasaran yang diimpikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya akan terus bermain untuk beberapa tahun lagi dan saya akan terus mencabar pemain-pemain muda sedia ada untuk mencari tempat di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Buat masa sekarang saya tiada sebarang kecederaan serius atau masalah kesihatan, jika saya ada masalah kesihatan, saya akan bersara,” katanya ketika ditemui di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini hari ini.

Lin Dan yang beraksi di Siri Jelajah Dunia Super 750 Terbuka Malaysia tidak berdepan masalah untuk melangkah ke pusingan kedua selepas mengetepikan pilihan ketiga dari Taiwan, Chou Tien Chen 13-21, 21-19, 21-19.

Sementara itu, Lin Dan juga tidak dapat menamakan pemain yang mampu berada dalam kelompok empat terbaik dunia bagi acara perseorangan lelaki kerana melihat persaingan ketika ini terbuka kepada semua.

“Ketika ini persaingan sangat terbuka kerana tiada mana-mana pemain yang dominan, yang saya lihat ketika ini hanya Kento Momota dan Viktor Axelsen,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini