KUALA NERANG – Lima penyeludup bertindak mencampakkan 11 guni dan dua bungkusan plastik berisi 328 kilogram (kg) daun ketum selepas terserempak dengan anggota tentera dalam dua kejadian berasingan di kawasan semak berhampiran sempadan Malaysia-Thailand di sini semalam. Panglima Enam Briged, Datuk Abdul Aziz Ismail berkata, kejadian pertama disedari anggota ronda Empat Rejimen Sempadan (4 RS) kira-kira pukul 7 pagi. “Pasukan ronda diketuai Sarjan Sarman Mohamad terserempak dengan empat orang awam dipercayai warga tempatan sedang menunggang motosikal dengan membawa beberapa guni. “Kesemua penunggang motosikal itu kemudian dilihat mencampakkan semua guni yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya