Liga Super: Warga Kota sudah keluar gua - Utusan Malaysia

Liga Super: Warga Kota sudah keluar gua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kuala Lumpur – Kuala Lumpur akhirnya merasai nikmat kemenangan pertama bagi saingan Liga Super 2019 selepas menjinakkan Kedah dengan keputusan 2-1 di Stadium Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi. Selepas mengharungi enam perlawanan pembukaan musim ini tanpa sebarang mata, kini skuad Warga Kota berjaya merampas tiga mata pertama pada aksi ketujuh ketika menerima kunjungan anak buah Aidil Sharin Sahak. Gol pembukaan perlawanan terlebih dahulu memihak kepada pasukan tuan rumah hasil tandukan Luke Woodland apabila bijak menyempurnakan hantaran berpunca daripada sepakan percuma Paulo Josue pada minit ke-11 perlawanan. Tersentak jaringan tersebut, Kedah…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN