MARAN – Kuala Lumpur kekal di tangga tercorot Liga Super selepas mencatat keputusan seri 1-1 ketika bertandang ke Stadium Tun Abdul Razak, Jengka berdepan Felda United malam ini. Tuan rumah memulakan asakan awal ke kubu lawan menerusi Christie Jayaseelan pada minit ke-13 namun tandukannya ditangkap kemas oleh penjaga gol pelawat, Mohamad Sharbinee Allawee Ramli. Pelawat yang mula mendapat rentak selepas 25 minit perlawanan turut menguji penjaga gol tuan rumah, Norazlan…










