JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor hari ini berharap pihak Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengadakan dialog dengan penduduk kampung yang terlibat dalam insiden letupan di projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) Pengerang, awal pagi semalam. Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, pihaknya akan menggesa Petronas mengadakan dialog itu secepat mungkin dengan penduduk terutamanya Kampung Lepau dan Rengit Jaya yang bimbang dengan…










