PATTANI 12 April – Sebuah bom yang disembunyikan pada motosikal meletup hingga mencederakan empat anggota polis dan seorang penduduk kampung di Lebuh raya 409 di Thung Phla, Khok Pho hari ini. Dalam kejadian sekitar pukul 11.30 pagi tadi, letupan berlaku pada jarak 400 meter dari Balai Polis Pradu. Bom tersebut diletupkan ketika beberapa detektif polis melalui dengan kenderaan mereka.









