Lelaki parah ditetak bekas abang ipar - Utusan Malaysia

Lelaki parah ditetak bekas abang ipar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN – Seorang lelaki cedera parah di bahagian perut dan tangan setelah ditetak bekas abang iparnya dengan menggunakan pisau dalam kejadian di Kampung Padang Buloh, malam semalam.

Dalam kejadian pada 10.30 malam tersebut, ibu mangsa turut dicederakan ketika ingin menyelamatkan anaknya itu menyebabkan beliau menerima beberapa jahitan di kepala dan tangan kanan.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Amran Sidek ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kejadian disaksikan adik mangsa berusia 20 tahun yang mendakwa suspek mula menyerang abangnya yang duduk di luar pintu belakang rumah mereka.

“Selepas terdengar jeritan, ibu mangsa bergegas melihat keadaan anaknya itu sebelum turut diserang oleh suspek yang membawa sebilah pisau,” katanya di sini hari ini.

Amran berkata, suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal dan meninggalkan mangsa yang berlumuran darah.

Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Pekan bagi mendapatkan rawatan dan saksi telah tampil membuat laporan polis pada hari sama, katanya. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini