SABAK BERNAM – Aktiviti pengedaran dadah dilakukan seorang lelaki warga Myanmar di kawasan hutan bakau lebih setahun lalu tumpas selepas diberkas pihak berkuasa di Sungai Limau, dekat Sungai Besar, Sabtu lalu. Penahanan suspek berusia 33 tahun dilakukan pukul 9.30 pagi oleh sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA). Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, kejayaan itu selepas mengesan suspek dalam keadaan mencurigakan dengan membawa beg galas di…










