TELUK INTAN 15 April – Seorang lelaki berusia 36 tahun ditahan kerana memiliki dadah jenis heroin dan methamphetamine seberat 185.83 gram bernilai RM7,580 pada Rabu lalu. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, lelaki itu ditangkap di tepi sebuah kuil di kebun kelapa sawit dekat Hutan Melintang pada pukul 6 petang. Menurutnya, ketika ditahan lelaki berkenaan sedang memegang satu beg plastik berwarna hitam mengandungi 61…










