Lelaki maut, rakan parah motosikal langgar besi pembahagi jalan - Utusan Malaysia

Lelaki maut, rakan parah motosikal langgar besi pembahagi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH – Seorang lelaki maut manakala rakannnya cedera parah selepas motosikal ditunggang mereka terbabas sebelum melanggar besi pembahagi jalan di Kilometer 327.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 6.45 pagi itu, mangsa, Muhamad Safuan Azran Aznan, 23, dan rakannya, Muhammad Muhaimin Parizal, 22, mengalami kecederaan parah namun Muhamad Safuan Azran disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal mendapati dua rakan yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR itu sedang dalam perjalanan dari Kedah ke Kuala Lumpur.

“Tiba di tempat kejadian, motosikal tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar besi pembahagi jalan.

“Akibat kemalangan tersebut, Muhamad Safuan Azran meninggal dunia di tempat kejadian manakala Muhammad Muhaimin yang membonceng pula mengalami kecederaan parah.

Tambah Wan Azharuddin, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk proses bedah siasat.

“Muhammad Muhaimin yang parah turut dirawat di hospital sama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×