ARAU 16 April – Seorang lelaki dipercayai kurang siuman cedera parah di bahagian muka, mulut serta lidah selepas terkena renjatan ketika memanjat tiang elektrik dalam kejadian di Kampung Ulu Pauh di sini, hari ini. Kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu disedari oleh salah seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang sedang melakukan pemeriksaan rutin di kawasan tersebut. Ketua Polis Daerah, Superintendan Nanda Maarof berkata, mangsa dikatakan menyentuh kotak kuasa di…










