Lelaki ditemui mati gantung diri  - Utusan Malaysia

Lelaki ditemui mati gantung diri 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Seorang lelaki berusia 34 tahun ditemui mati di tempat letak kenderaan di rumahnya di Taman PD Suria, Jalan Kampung Paya di sini pagi ini. 

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan tergantung di rumah itu oleh orang awam kira-kira pukul 6 pagi.

“Polis terima panggilan orang awam memaklumkan seorang lelaki dipercayai menggantung diri di sebuah rumah di Taman PD Suria.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Polis ke lokasi kejadian dan siasatan di tempat kejadian serta tubuh badan mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, mayat mangsa di hantar ke Hospital Port Dickson untuk menjalani bedah siasat dan siasatan kes itu masih diteruskan.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini