BUTTERWORTH 12 April – Seorang lelaki berusia 35 tahun ditahan di sebuah rumah di Taman Meranti di sini malam tadi bersama-sama sebanyak 110 biji pil ekstasi bernilai RM8,000. Lelaki berkenaan ditahan dalam serbuan sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, ibu pejabat polis kontinjen negeri kira-kira pukul 9.10 malam tadi. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, dalam serbuan itu polis turut merampas bahan…









