Latihan kecemasan di Terowong Penchala Sabtu ini - Utusan Malaysia

Latihan kecemasan di Terowong Penchala Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (SPRINT) akan mengadakan latihan kecemasan (ERP) di Kilometer 3.2 dekat Terowong Penchala di Lebuhraya SPRINT, Sabtu ini.

Menurut kenyataan SPRINT hari ini, latihan kecemasan yang melibatkan laluan dari arah Bukit Kiara/ Hartamas mengala ke Penchala, bermula pada pukul 7.00 pagi hingga 9.30 pagi.

Pengguna lebuh raya dari arah Bukit Kiara, Hartamas dan Jalan Duta menghala ke Kampung Sungai Penchala, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) akan dilencongkan ke laluan kontra sepanjang tempoh latihan belangsung, kata kenyataan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, kon-kon trafik dan papan tanda arahan akan diletakkan di lokasi sepanjang latihan kecemasan dijalankan untuk membantu pengguna lebuh raya.

Latihan itu diadakan dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia, polis, bomba, polis peronda lebuh raya dan Petron Malaysia – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini