Laporan semasa proses pengundian dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau hari ini.
5.30 petang:
PRK Rantau: Pusat mengundi ditutup
REMBAU 13 April – Kesemua 14 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau ditutup pukul 5.30 petang tadi.
Selepas selesai proses pengiraan kesemua kertas undi akan dibawa ke pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan di sini sebelum keputusan diumumkan yang dijangka dapat diketahui sebelum pukul 10 malam.
PRK Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru di antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan,, calon Pakatan Harapan (PH), Dr. S. Streram dan dua calon Bebas iaitu, R. Malarvizhi dan Mohd. Nor Yassin. – UTUSAN ONLINE.
5.15 petang:

PENYANYI, Siti Nordiana Alias menunjukkan jari berdakwat selepas mengundi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil N.27 Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Bandar Sri Sendayan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE/Azrul Edham Mohd. Aminuddin
4.15 petang:

74 peratus keluar mengundi setakat 4 petang
REMBAU 13 April – Sebanyak 74 peratus daripada 20,793 pengundi berdaftar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau telah keluar mengundi sehingga pukul 4 petang tadi.
Maklumat itu dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). – UTUSAN ONLINE
3.20 petang:

69 peratus keluar mengundi sehingga 3 petang
REMBAU 13 April – Sebanyak 69 peratus daripada 20,793 pengundi berdaftar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau telah keluar mengundi sehingga pukul 3 petang tadi.
Maklumat itu dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). – UTUSAN ONLINE
2.35 petang:

61 peratus keluar mengundi sehingga 2 petang
REMBAU 13 April – Sebanyak 61 peratus daripada 20,793 pengundi berdaftar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau telah keluar mengundi sehingga pukul 2 petang tadi.
Maklumat itu dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). – UTUSAN ONLINE
1.40 petang:

55 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari
REMBAU 13 April – Sebanyak 55 peratus daripada 20,793 pengundi berdaftar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau telah keluar mengundi sehingga pukul 1 tengah hari tadi.
Maklumat itu dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). – UTUSAN ONLINE
1.00 petang:

47 peratus keluar mengundi sehingga 12 tengah hari
REMBAU 13 April – Sebanyak 47 peratus daripada 20,793 pengundi berdaftar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau telah keluar mengundi sehingga pukul 12 tengah hari.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE
11.47 pagi:

38 peratus keluar mengundi
REMBAU 13 April – Sebanyak 38 peratus daripada 20,793 pengundi berdaftar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau telah keluar mengundi sehingga pukul 11 pagi tadi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE
11.35 pagi:

26 peratus mengundi sehingga 10 pagi
REMBAU 13 April – Sebanyak 26 peratus daripada 20,793 pengundi berdaftar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau telah keluar mengundi sehingga pukul 10 pagi tadi.
Maklumat itu dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). – UTUSAN ONLINE
10.41 pagi:

PENGERUSI SPR, Azhar Azizan Harun meninjau pusat mengundi PRK DUN Rantau di Dewan Orang Ramai Taman Angsamas, Rantau hari ini. – UTUSAN ONLINE
10.00 pagi:

13 peratus keluar mengundi
REMBAU 13 April – Sebanyak 13 peratus daripada 20,793 pengundi berdaftar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau telah keluar mengundi sehingga pukul 9 pagi tadi.
Maklumat itu dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). – UTUSAN ONLINE
9.50 pagi:

CALON Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan membonceng motosikal setelah meninjau proses undian pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil N.27 Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Rantau, Bandar Ekar, di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE/Azrul Edham Mohd Aminuddin

CALON Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan bermesra bersama sepasang suami isteri yang hadir mengundi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil N.27 Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Rantau, Bandar Ekar, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE/Azrul Edham Mohd Aminuddin
9.40 pagi:
Calon Bebas mengundi kali pertama
REMBAU 13 April – Seorang calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, R. Malarvizhi, 51, cukup teruja dengan proses pengundian yang berlangsung hari ini.
Menurut suri rumah itu, keterujaannya bukan hanya kerana dia merupakan salah seorang calon tetapi PRK ini adalah kali pertama dirinya menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
“Saya tiba di pusat pengundian di sini kira-kira pukul 6.45 pagi kerana saya mahu menjadi pengundi yang terawal.
“Ini adalah kali pertama saya mengundi kerana sebelum ini saya menetap selama 25 tahun di Kanada. Saya kembali pada tahun 2016 dan apabila diketahui ada pilihan raya pada 2018 saya mendaftar sebagai pemilih namun tidak layak untuk mengundi kerana hanya yang berdaftar sebelum akhir tahun 2017 yang boleh mengundi pada waktu itu,” katanya.
Dia ditemui pemberita selepas selesai mengundi di pusat pengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Rantau di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
9.35 pagi:

CALON bebas, R. Malarvizhi mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua, Rantau, disini hari ini. – UTUSAN ONLINE – Abd Razak Aid
9.15 pagi :

Calon Pakatan Harapan, Dr. S. Streram membuang undi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil N.27 Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Rantau, Bandar Ekar, di sini hari ini.
8.45 pagi :

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan selesai mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di sini.
8.30 pagi:
Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau bermula sebanyak 14 pusat mengundi yang membabitkan 53 saluran dibuka bermula dari pukul 8 pagi tadi.











