JOHOR BAHRU – Majlis pengisytiharan pelantikan Menteri Besar Johor yang baharu akan diadakan di Istana Bukit Serene di sini pukul 9.30 pagi esok. Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani berkata, istiadat penyerahan surat tauliah kepada Menteri Besar baharu dilakukan esok bagi menggantikan Datuk Osman Sapian yang melepas jawatannya pada 8 April lalu. “Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima peletakan jawatan Datuk Osman Sapian sebagai Menteri Besar Johor…










