MELAKA – Seorang Lans Koperal dijatuhi hukuman penjara lapan bulan dan denda RM92,000 serta tujuh sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyalahgunakan kad minyak milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bernilai RM90,422.90, dua tahun lalu. Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd. Nur Baderyshah Matasum, 34, yang membuat pengakuan tersebut sebaik sehaja pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah. Mengikut…










