Langkah tepat tidak Ratifikasi Statut Rom - DMJ - Utusan Malaysia

Langkah tepat tidak Ratifikasi Statut Rom – DMJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 5 April – Dewan Muda Johor (DMJ) menyifatkan keputusan kerajaan Persekutuan menarik semula keputusan memperaku Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa pada hari ini sebagai bukti kemenangan suara keramat rakyat dan Raja-Raja Melayu yang membantahnya sebelum ini.

DMJ dalam satu kenyataan sebentar tadi memberitahu, pihaknya percaya keputusan itu juga diambil selepas pertimbangan dibuat dengan mendengar desakan-desakan sama ada daripada Ahli Parlimen, parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaam (NGO).

“DMJ difahamkan pada 2 April 2019, Majlis Raja-Raja telah bermesyuarat dan dalam mesyuarat tersebut beberapa pakar akademik dan penyelidik tempatan membentangkan hasil dapatan mereka mengenai Statut Rom ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antara perkara yang paling penting dalam dapatan tersebut adalah keputusan kerajaan memperaku Statut Rom ini akan mengakibatkan kekebalan dan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong akan tergugat bilamana sebagai Ketua Negara dan Panglima Tertinggi Angkatan Tentera boleh didakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menurut Perkara 27 dan 28 Statut Rom.

“Hujah golongan penyokong Statut Rom dan Kementerian Luar Negara yang menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah simbolik atau ceremonial semata-mata dalam tugasnya sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera adalah silap dan tidak tepat, sedangkan Yang di-Pertuan Agong sebenarnya memiliki kawalan dan perintah efektif dalam Angkatan Tentera Malaysia,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Sebagai sebuah NGO yang konsisten menentang keputusan kerajaan memperaku Statut Rom ini, DMJ mengeluarkan kenyataan berterusan mengecam tindakan kerajaan yang membuat keputusan secara tergesa-gesa dan Jemaah Menteri tidak mendapatkan perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong ketika memperaku Statut Rom yang secara tidak langsung melanggar undang-undang antarabangsa di bawah Perkara 46(1) Konvensyen Vienna bagi Undang-Undang Triti.

DMJ juga bersama-sama dengan NGO lain seperti Majlis Belia Negeri Johor, Belia 4B dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

menghantar memorandum bantahan kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengenai kebimbangan Statut Rom yang dipercayai boleh mengakibatkan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu terjejas.

“Kemuncak kepada itu, DMJ juga menganjur Sidang Khas Tergempar untuk membahaskan mengenai Statut Rom ini dan satu resolusi telah dikeluarkan agar kerajaan Malaysia menarik semula tindakan menandatangani Statut Rom ini.

“Alhamdulilah, suara kecil kami di DMJ seakan didengari dan mendapat perhatian pihak-pihak tertentu untuk sama-sama memperjuangkan isu ini,” jelas kenyataan itu lagi.

DMJ juga berharap agar Kementerian Luar mempercepatkan tindakan menarik semula keputusan memperaku Statut Rom ini seperti keputusan Jemaah Menteri sebentar tadi dan bukan sekadar hanya untuk meredakan keadaaan semata-mata. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini