KUALA LUMPUR 5 April – Pasangan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying gagal meneruskan kemaraan selepas terkandas di suku akhir kejohanan badminton Terbuka Malaysia, hari ini.
Saingan di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini menyaksikan pilihan kelima kejohanan itu tewas 19-21, 21-16, 25-27 kepada pilihan kedua dari China, Wang Yilyu-Huang Dongping.
Peng Soon mengakui agak terkilan dengan kekalahan itu tetapi pada masa sama berpuas hati dengan persembahan mereka hari ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kalau ikutkan memang sayang (kalah dalam perlawanan ini) tetapi, persembahan kami secara keseluruhan masih baik dan harap boleh bermain dengan lebih baik lagi.
“Kami harap di Terbuka Singapura, keputusan akan lebih baik,” katanya. -UTUSAN ONLINE










