SEREMBAN – Pelawak terkenal Lan Pet Pet atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad, 49, didenda RM2,000 oleh Mahkamah Seremban hari ini selepas mengaku salah memukul seorang pengawal keselamatan dalam kejadian pada 6 April lalu. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, pelawak itu terlebih dahulu dibawa ke Mahkamah Seremban bagi berhadapan tuduhan dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan. “Tertuduh yang merupakan seorang pelakon mengaku…










