PUTRAJAYA – Menyelesaikan kesesakan lalu lintas di pintu masuk Malaysia-Singapura di Tambak Johor dan Linkedua adalah keutamaan bagi Malaysia, kata Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau berkata, isu itu terus menjadi masalah besar bagi pengguna yang berulang-alik dari Malaysia dan Singapura. “Pada masa ini, terdapat kira-kira 250,000 hingga 300,000 orang yang menyeberangi tambak ini pada setiap hari. Menyelesaikan kesesakan itu menjadi keutamaan bagi Malaysia,” katanya pada sidang akhbar bersama…










