Kuala Lumpur cemerlang tewaskan P. Pinang 4-2 - Utusan Malaysia

Kuala Lumpur cemerlang tewaskan P. Pinang 4-2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 16 April – Kuala Lumpur (KL) mempamerkan aksi cemerlang dalam aksi pusingan ketiga Piala FA apabila berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Pulau Pinang dengan keputusan 4-2 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, hari ini.

Ini juga adalah kali ketiga KL mara ke saingan suku akhir dalam tempoh empat tahun mahal ia adalah kemenangan pertama ke atas P. Pinang di Stadium Bandaraya sejak 1998.

Dalam perlawanan tersebut empat gol KL dijaringkan oleh Zaiful Hakim pada minit ketiga, Irfan Zakaria pada minit ke-13, Guilherme De Paula pada minit ke-35 dan pada minit ke-64 hasil sepakan penalti.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara tuan rumah hanya mampu meraih dua gol menerusi Ndumba Makeche pada minit ke-48 dan S. Sivanesan pada minit ke-79. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini