KTM RC16 perlu gaya Marquez - Utusan Malaysia

KTM RC16 perlu gaya Marquez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AUSTIN – Pelumba Red Bull KTM Tech3, Miguel Oliveira percaya jentera KTM RC16 memerlukan gaya tunggangan yang agresif seperti juara dunia lima kali, Marc Marquez untuk menjinakkan jentera buatan Austria tersebut.

Pada musim ini, Oliveira me­lakukan kejutan dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) apabila berjaya mengutip mata berharga dalam dua perlumbaan dan rekod terbaiknya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-11 pada Grand Prix (GP) Argentina.

Musim ini, jentera buatan Austria tersebut mendapat kritikan hebat apabila dua pelumba terbaiknya iaitu Johann Zarco dan Hafizh Syahrin berdepan kesulitan hingga gagal untuk berada di kelompok 10 pelumba terbaik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, pelumba kelahiran Portugal itu dilihat tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan keserasian kerana sudah dua tahun mengemudi jentera KTM, malah muncul naib juara dalam saingan Moto2 tahun lalu dan ketiga pada tahun 2017.

“Saya tidak mempunyai pe­ngalaman untuk membandingkan jentera yang lain kerana hanya mengemudi jentera KTM sahaja sebelum ini. Tugas saya hanya mencari keserasian dengan jentera MotoGP kerana sebelum ini saya me­nunggang jentera Moto2. Jadi, bagi saya ia agak mudah untuk mendapatkan keyakinan yang lebih ketika berada di dalam litar.

“Mungkin Zarco berdepan ke­sukaran kerana dia beralih menggunakan jentera yang berbeza. Dia terpaksa mencari kaedah lain untuk mendapatkan pelarasan yang lebih sempurna. Saya percaya untuk mendapatkan hasil yang lebih baik adalah dengan menunggang lebih agresif berbanding kebiasaan.

“Kita boleh lihat teknik yang digunakan Pol Espargaro ketika menekan brek kerana kita tahu bukan mudah untuk mengambil selekoh dengan RC16. Espargaro mempunyai tunggangan yang unik dan pelarasan jentera juga berbeza dengan saya. Ini satu cara untuk menunggang jentera KTM,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini