KUALA TERENGGANU – Dua peniaga bakal berhadapan dengan hukuman denda RM3.8 juta kerana disyaki menjual aksesori telekomunikasi jenama Samsung tiruan dalam serbuan dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada Rabu lalu. Serbuan di dua premis perniagaan di bandar raya ini pada pukul 12 tengah hari itu berjaya merampas 3,134 pelbagai jenis aksesori telekomunikasi disyaki tiruan tersebut bernilai keseluruhan RM75,299. Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia berkata,…










