Kontraktor maut kereta rempuh lori tunda - Utusan Malaysia

Kontraktor maut kereta rempuh lori tunda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Seorang kontraktor lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya merempuh sebuah lori tunda di Jalan Telok Mas di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 5.25 pagi itu, mangsa, Mah Peng Chen, 43, yang memandu kereta jenis Toyota Vios meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Kandang ke Telok Mas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiba di tempat kejadian, kereta dipandu si mati telah merempuh sebuah lori tunda yang dalam keadaan melintang di lebuh raya berkenaan kerana sedang melakukan kerja-kerja menunda sebuah kenderaan lain di bahu jalan.

“Akibat rempuhan itu, mangsa maut di lokasi kerana mengalami kecederaan di kepala dan terpaksa dikeluarkan oleh sepasukan bomba,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini