MELAKA – Seorang kontraktor lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya merempuh sebuah lori tunda di Jalan Telok Mas di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian pukul 5.25 pagi itu, mangsa, Mah Peng Chen, 43, yang memandu kereta jenis Toyota Vios meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Kandang ke Telok Mas. “Setiba di tempat kejadian, kereta dipandu si mati telah merempuh sebuah lori tunda yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya