KETIKA kariernya hampir mencapai puncak, Suriani Hassan, 33, terpaksa akur akan ketentuan-Nya untuk membuat keputusan yang terpaksa membenamkan impiannya dalam dunia fesyen. Sekitar hampir empat tahun lalu, Suriani hilang dalam radar fesyen tempatan, jenamanya sebelum ini sering menjadi penaja kepada selebriti tempatan juga semakin kelam. Tiada siapa yang tahu akan keberadaannya. Menyingkap latar belakang Suriani, anak kelahiran Kamunting, Ipoh, Perak itu merupakan graduan Diploma Rekaan Fesyen, Politeknik Johor Bahru (kini…










