Klopp cabar pemainnya terus beri tentangan sengit - Utusan Malaysia

Klopp cabar pemainnya terus beri tentangan sengit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 26 April – Jurgen Klopp mencabar pemain Liverpool supaya bersedia berdepan saingan sengit dengan Manchester City dalam merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris, musim ini.

Selepas harapan diletakkan kepada Manchester United untuk membantu Liverpool menncerahkan peluang merangkul gelaran lebur begitu sahaja, setelah City mencatat kemenangan 2-0, Rabu lalu, pengendali dari Jerman itu, bagaimanapun, menegaskan, peluang pasukannya masih belum berakhir ketika aksi musim ini berbaki tiga perlawanan.

Dalam saat genting seperti ini, kedua-dua pasukan yang dibezakan hanya satu mata tidak boleh kalah atau seri termasuk apabila Liverpool menerima kunjungan Huddersfield, awal pagi esok, dan City bertandang ke Burnley pada Ahad.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ini akan disusuli dengan pertemuan Liverpool di Newcastle dan City menentang Leicester di laman sendiri serta aksi penutup tirai musim apabila Liverpool menerima kunjungan Wolverhampton dan City bertandang ke Brighton.

“Ia adalah keputusan yang sudah saya jangka (di Old Trafford). United telah mencuba yang terbaik kerana saya sendiri menyaksikannya. Kini kami ketinggalan satu mata di belakang.

“Jika menang dua perlawanan lagi, aksi terakhir akan menjadi penentuan. Yang penting kami kena menang semua perlawanan walaupun ianya sukar. Kami akan hadapinya satu demi satu,” kata Klopp.

Selepas rakan sejawatannya di City, Pep Guardiola mendakwa kedua-dua pasukan berhak muncul juara liga, Klopp, bagaimanapun, berpendapat, akan ada hanya satu pasukan yang berhak memiliki gelaran.

“Kami tidak hanya bermain untuk menjadi juara. Memang ia sentiasa menjadi sasaran tetapi dengan ketika ini gelaran berada hampir dalam genggaman, kami perlu mengambil peluang itu dan terus berusaha ke arahnya. Kita lihat apa yang akan berlaku nanti,” tegasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini