KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan vaksin Mencevax ACWY yang digunakan untuk mencegah meningitis jenis A, C, W dan Y yang dipalsukan tiada dalam pasaran Malaysia. Ketua pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, semakan melalui Vaccine Lot Release mendapati vaksin tersebut dengan nombor kelompok yang dinyatakan dalam kenyataan amaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak pernah diimport untuk kegunaan rakyat negara ini. “Kali terakhir vaksin Mencevax ACWY diimport…









