KIP REIT jimat RM1.2 juta setahun melalui solar PV - Utusan Malaysia

KIP REIT jimat RM1.2 juta setahun melalui solar PV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 April – KIP Real Estate Investment Trust (KIP REIT) dijangka dapat menjimatkan bil elektrik kira-kira RM1.2 juta setahun selepas memasang sistem solar fotovoltan (PV) 2.73 megawatt peak (MWp) pada enam asetnya Disember tahun lalu.

.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chan Heng Wah berkata, aset-aset berkenaan adalah KIP Mart di Tampoi, Kota Tinggi, Masai, Senawang dan Melaka serta KIP Mall di Bangi, Selangor.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut beliau, inisiatif hijau itu merupakan perjanjian selama 25 tahun dengan Pekat Solar Sdn. Bhd. berasaskan nisbah 80:20 pada kos keseluruhan kira-kira RM9.26 juta yang dibiayai menerusi pinjaman bank.

“Untuk tempoh 25 tahun ini kami menjangkakan dapat menjana kira-kira 93.9 gigawatt jam elektrik daripada sistem berkenaan serta mencatatkan penjimatan sebanyak RM26.4 juta yang mewakili kira-kira 15 hingga 20 peratus daripada kos elektrik keseluruhan,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan sistem solar PV di sini hari ini.

Tambah Heng Wah, KIP REIT akan terus menyokong usaha tenaga boleh diperbaharui oleh kerajaan dan menjangkakan sistem sama akan dilaksanakan di pusat Beli-belah Aeon Kinta City, Ipoh, Perak tidak lama lagi.

Katanya, syarikat turut menyasarkan peningkatan nilai aset di bawah pengurusan kepada kira-kira RM1.5 bilion menjelang 2023. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini