KEBANGKITAN menakjubkan yang dipamerkan pada set kedua dan ketiga berjaya membantu beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mencatat kemenangan 15-21, 21-17, 21-13 ke atas wakil India, P.J. Chopra-N. Sikki Reddy pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia semalam. Pada aksi di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu, Kian Meng-Pei Jing yang juga beregu No. 38 dunia tersentak seketika apabila tewas pada set pertama sebelum bangkit kembali memperkemaskan…










